EN BM
ASWARA Logo
Log Masuk
Butiran item

Gambus : Sejarah, Instrumentasi dan Peranannya dalam Industri Muzik Malaysia by -
Gambus seringkali dikaitkan dengan kumpulan Ghazal Johor dan lagu-lagu zapin. Persepsi masyarakat yang meletakkan gambus sebagai ikon negeri Johor dibayangi oleh peranan gambus hanya dalam memainkan lagu-lagu ghazal dan zapin sahaja. Namun, gambus memainkan peranan besar bukan sahaja di Johor malah dalam industri muzik Malaysia. Kajian ini mengetengahkan alat muzik gambus secara ringkas dari sudut sejarah, instrumentasi dan peranannya dalam industri muzik Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa di Johor sahaja, terdapat lima bentuk ensembel muzik yang menggunakan gambus sebagai alat utama atau alat iringan iaitu dalam ensembel Zapin Melayu, Samrah, Hamdolok, Kumpulan Gambus dan Ghazal Melayu Johor. Selain itu gambus juga berperanan dalam ensembel lain di negeri Sabah dan Malaysia secara keseluruhannya. Sejarah yang panjang dan menyebar luas dalam kalangan masyarakat Melayu juga merangkumi peranannya dalam industri muzik Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan sumber rujukan utama adalah dari hasil temubual dan pengalaman langsung penggiat gambus serta sumber dari dokumentasi simpanan penyelidik. Sumber-sumber lain adalah dalam bentuk rakaman-rakaman lama dalam bentuk pita kaset, piring hitam, buku-buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian ini dapat dijadikan sumber idea, informasi dasar dan pemahaman asas tentang seni muzik gambus terutama dari sudut sejarah, instrumentasi serta peranannya dalam industri muzik Malaysia.
  Article
 Music and Books on Music Music ||
 Music and Books on Music Musical instruction and study ||
 .pdf
  0.71 MB
  Bahasa Melayu
  Lihat
Kongsi  

APA

(2024). Gambus : Sejarah, Instrumentasi dan Peranannya dalam Industri Muzik Malaysia. The International Journal of Arts, Culture & Heritage (iJACH), 11(6), 110-125. https://doi.org/10.62312/asw.ijach.11.6.2024

RIS Export