EN BM
ASWARA Logo
Log Masuk
Butiran item

Akademi Seni Tengku Temenggung (1923- 1935) sebagai Theatre State Perkembangan Islam dan Kesenian di Kelantan by -
Kajian ini bertujuan membuktikan Akademi Seni Tengku Temenggung (1923-1935) di Kelantan yang ditubuhkan oleh Long Abdul Ghaffar bin Sultan Muhammad II (1875-1935) yang turut dikenali sebagai Tengku Temenggung, memiliki fungsi sebagai negara pentas (theatre state), iaitu istilah yang diperkenalkan oleh Clifford Geertz (1980). Ia merujuk kepada konsep tauladan yang disimbolkan oleh raja dan elit birokrasi setempat sebagai para pelakon di pentas, manakala rakyat adalah `penonton’ yang mencontohi setiap `lakonan’ pemimpin mereka dalam kerajaan-kerajaan tradisional di Bali pada tahun-tahun 1891-1906. Dalam konsepsi negara teater, istana dan pura (kuil) merupakan pusat kepada sesebuah kekuasaan dan berfungsi sebagai payung sosiopolitik, sosioekonomi dan ritual keagamaan. Para raja, permaisuri dan keluarga mereka adalah para `pelakon utama’, manakala para pendeta (sami) merupakan `pengarah’ dan rakyat yang terdiri dari segenap lapisan merupakan `penonton’. Memahami konsep negara teater dalam perspektif Geetz bererti menafsir tindakan-tindakan raja dan keluarga mereka dalam acuan agama Hindu kerana setiap kehidupan istana sangat berkait rapat dengan peranan para pendeta. Fungsi negara pentas yang dimainkan oleh Akademi Seni Tengku Temenggung selama 12 tahun penubuhannya tertumpu kepada peranan istana, sultan dan elit birokrasi untuk mengatasi gejala sosial, isu-isu krisis moral serta akhlak dalam masyarakat, terutama melibatkan penggiat-penggiat seni di Kelantan. Selain itu, penubuhan akademi tersebut juga berkait rapat dengan usaha untuk ‘membersihkan’ kesenian terutama Makyung dan Wayang Kulit daripada unsur-unsur khurafat. Antara lain terdapat segelintir penggiat kesenian ini yang memelihara hantu raya, pelesit (sejenis mahkluk halus) dan lain-lain.
  Article
 Fine Arts Arts in general ||
 Music and Books on Music Musical instruction and study ||
 Philosophy. Psychology. Religion Philosophy (General) ||
 .pdf
  0.37 MB
  Bahasa Melayu
  Lihat
Kongsi  

APA

(2024). Akademi Seni Tengku Temenggung (1923- 1935) sebagai Theatre State Perkembangan Islam dan Kesenian di Kelantan. The International Journal of Arts, Culture & Heritage (iJACH) Volume 11/2024: 147-185, 11(8), 147-185. https://doi.org/10.62312/asw.ijach.11.8.2024

RIS Export