EN BM
ASWARA Logo
Log Masuk
Butiran item

Konflik Dua Generasi dalam The Journey by -
Penceritaan filem The Journey (2014) yang memperlihatkan konflik dua generasi digerakkan watak-watak utamanya. Ah Bee, lakonan Joaanne Yew dan tunangnya, Benji (Ben Pfeiffer) perlu mendapatkan restu perkahwinan daripada bapanya, Chuan (Frankie Lee Sai Peng). Chuan dilihat sebagai seorang yang berpegang teguh pada adat dan kepercayaan tradisi masyarakat Cina. Konflik demi konflik pemikiran dan gaya hidup melatari perjalanan cereka ini apabila Chuan dan Ah Bee saling bercanggah pendapat tentang banyak perkara. Situasi disulitkan dengan pertembungan budaya bakal suami Ah Bee, Benji yang berasal dari England. Kajian ini memfokuskan isi kandungan yang terdapat dalam The Journey dengan memaparkan aspek “konflik” antara dua generasi yang berbeza latar belakang. Melalui pendekatan analisis tematik, dapatan kajian ini memaparkan dikotomi dua generasi yang mewujudkan konflik demi konflik dalam penceritaan The Journey. Konflik konflik ini diterangkan menerusi pendekatan konsep konflik dengan mengambil kira latar kepercayaan Masyarakat Cina Malaysia.
  Article
  General Works ||
 Philosophy. Psychology. Religion Ethics ||
 .pdf
 .pdf
  0.46 MB
  Bahasa Melayu
  Lihat
Kongsi  

APA

(2023). Konflik Dua Generasi dalam The Journey. The International Arts, Culture & Heritage (iJACH) Volume 9 2023, 9(1), 1-18.

RIS Export